Sam dgn Dol = Malaysia's "Dumb & Dumber"
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segarboleh bawa maut?DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
===================================
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak6 ringgit.Kata kedai 2 Ringgit
===================================
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas?Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!===================================
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?SAM: Aku tengok muka dia pucat semacamjer....
===================================
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!
===================================
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candlelightdinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik,api rumah aku dah kena potong!===================================
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids.Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orangke 10, takpayah tanya, aku dah tahu...
===================================
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makinteruk!
DOL: Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak berlatih agardapat batuk dengan lebih baik lagi.
===================================
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompakkedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard"SILA DATANG"
Written on Sunday, April 30, 2006 at 1:28 PM
0 comments